Pelbagai Produk Pilihan Anugerah Tuhan – Rahsia Alam Memulihkan Tenaga Dan Mantap Cantik…Langsing…Muda Jelita Bakal Menggegarkan - Hubungi Untuk Keterangan Lanjut

Tuesday 24 June 2014

Zafran : Keistimewaan


ZA’FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’. Stigma bunga Za’faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama dinegara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain.Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Za’faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri. Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

KHASIAT ZA’FARAN 

(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & sumber yang dipercayai)

Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
Sakit kepala atau migrane dan asma” Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
Bengkak hati atau hipatitis A dan B
Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
Menambahkan tenaga zahir dan batin
Masalah mati pucuk, sembelit
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya’ Allah

No comments:

Post a Comment