Pelbagai Produk Pilihan Anugerah Tuhan – Rahsia Alam Memulihkan Tenaga Dan Mantap Cantik…Langsing…Muda Jelita Bakal Menggegarkan - Hubungi Untuk Keterangan Lanjut

Tuesday 24 June 2014

Minyak Argan Boleh Menghilangkan Kulit Kering Dan Mengurangkan Kedutan


RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak Argan, ‘Cecair emas Maghribi’ yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.

Minyak Argan diperah dari biji buah Argan (Argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru dikatakan salah satu minyak paling unik di dunia. Minyak Argan kaya dengan nutrisi semulajadi yang boleh membantu dalam pembaharuan sel-sel yang rosak. Kebanyakan wanita-wanita Morocco mengamalkan minyak Argan

untuk kulit badan mereka kerana faktor geografi yang agak panas di Morocco. Kini, keunggulan minyak argan menjadikannya salah satu bahan utama produk kecantikan eksklusif antarabangsa.

berkesan melembutkan kulit kering, mengurangkan kedutan, garis halus dan lingkaran di bawah mata, memudarkan bekas parut serta merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis. Selain itu, ia sesuai digunakan di kawasan kulit lebih nipis dan sensitif seperti di bawah mata untuk menghilang­kan kedutan dan lingkaran hitam. Kajian saintifik terhadap kandungan minyak argan menunjukkan ia mengandungi tiga kali ganda antioksida Vitamin E berbanding minyak zaitun, serta omega 6 dan 9 yang tinggi dan squalene yang bertindak mengeluarkan toksik dari sel-sel kulit.

Minyak Argan memainkan peranan dalam melindungi kulit dari panas cahaya matahari. Dan ia amat sesuai untuk menghilangkan ketegangan kulit (stretch mark), terutama bagi wanita yang sedang mengandung atau selepas melahirkan anak. Minyak ini juga amat berkesan untuk merawat kuku yang bermasalah dan sesuai untuk rawatan rambut. Penggunaan dua kali sehari membantu mencerahkan jeragat dan bintik hitam, mengembalikan tona kulit sekata serta menganjalkan wajah seumpama remaja.

Dari segi penjagaan kesihatan, minyak ini dapat menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah dimana ia dapat mengurangkan kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan kolesterol ‘baik’ di dalam darah.

Argan juga dapat mengurangkan tekanan, menpunyai unsur ‘anti-obesity’ dimana ia bertindak sebagai pengganti makanan (perlukan maklumat lanjut). Minyak ini juga amat baik untuk fungsi buah hati kita. Ia meneutralkan radikal bebas dan melindungi tisu-tisu.

Dengan komponen esensialnya, minyak argan memiliki manfaat memulihkan struktur kulit yang mengalami proses penuaan dan juga dapat memulihkan keanjalan dan kelembapan kulit.

Minyak ini berfungsi sebagai rawatan semulajadi dan organik untuk masalah dermatologis seperti jerawat pada usia remaja dan eczema. Wanita yang memiliki stretch mark semasa kehamilan juga menggunakan minyak ini untuk menghilangkan tanda.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minyak argan adalah penyelesaian semulajadi yang boleh digunakan untuk melindungi kulit yang terdedah dengan pancaran UV yang berbahaya yang diketahui penyebab kepada kanser kulit.

Minyak ini juga kaya vitamin E. Vitamin ini memberikan minyak kekuatan untuk menjadi anti-oksidan. Jumlah quality tokoferol yang hadir dalam minyak argan membantu melindungi kulit terhadap pengoksidaan dan aktiviti radikal bebas yang dikaitkan dengan penuaan kulit dan kanser.mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.

No comments:

Post a Comment